Monday, 21 October 2013

♡ Ketika Hati Wanita Disakiti ♡


Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan HATI wanita ketika bersedih , 
Wanita marah bukan bererti dia pemarah melainkan hatinya tengah terluka . 
Wanita yang cenderung diam bukan bererti dia egois ataupun acuh tak acuh 
melainkan diam itu lebih baik untuknya . 

Ketika HATI wanita disakiti . .
Mungkin sukar digambarkan dengan apapun . namun hancurnya wanita disakiti lebih dari air matanya yang mengalir dengan perlahan . 

Ketika HATI wanita disakiti . .
tak banyak yang ia dapat lakukan . Yang ia tahu hanyalah airmata mengalir membasahi pipinya . Yang ia tahu hanyalah dadanya yang terasa sesak . Yang ia tahu hanyalah sebuah tanda cintanya .

Jika kau ingin menggenggamnya maka genggamlah dengan halus . Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan . Kerana ia adalah mahkluk yang sangat rapuh . Jika diibaratkan kaca , maka jangan terlalu kasar membersihkannya kerana ia akan menjadi calar . Jika kau meletakkannya jangan kau letakkannya dengan kasar kerana ia akan pecah .
" Begitupun HATI WANITA "



No comments :

Post a Comment