Thursday, 1 May 2014

Aceraceae Trees :)

Korang tahu tak apa itu "Aceraceae Trees" ? haaa ~ Aceraceae ni nama saintifik bagi Pokok Maple & Acer . Untuk pengetahuan korang , pokok ni xda kena mengena dgn jenama Laptop Acer tuh yerr :D hihi . Actually , perkataan Acer berasal dari perkataan Latin yang membawa makna tajam iaitu merujuk kepada ciri2 unik di hujung daun maple itu yang runcing & tajam . :)


Ada 129 spesies pokok maple yang terdapat di seluruh Asia , Eropah , Utara Afrika & Amerika Utara . Terdapat banyak jenis pokok maple daripada jenis kecil mahupun rendang (setinggi 10-45 meter yang tergantung kepada spesisnya) . Pokok maple mempunyai 3-5 (kadang2 lebih) cantuman daun meruncing yang membentuk satu daun yang lebar menjadikan bentuk daunnya sangat menarik & cantik . haaa ~

Pada penghujung musim panas , apabila tempoh siang semakin pendek , warna hijau daun maple akan bertukar dari hijau ke warna lain seperti oren , kuning , ungu , mahupun ke warna keemasan . 
hmm , bnyak warna daa dia boleh tukar . menarik kan ? hehe . Agak2'y mcm mana lah boleh terjadi mcm tu . Hebat sungguh kuasa Allah kan ? Subhanallah . :)

Oh ya , kalau x silap aku . Daun Maple ni telah dijadikan simbol bendera negara Canada kan ? 


Selain dari sirup maple yang terkenal , batang pokok maple juga mempunyai nilai komersil . Disebabkan keunikan'y terutama pada musim luruh , ia menjadi tarikan pelancong untuk mengabdikan kenangan indah panorama di beberapa tempat di dunia seperti Central Ontario & Western Massachusetts :) hee . dua tmpat tu jerr yang aku tau . tempat lain pun maybe ada juga tapi x pasti dekat mana :) so ? dah tahu la kan serba sedikit tentang pokok maple ni ? hoho - aku pun bukan tahu bnyak sngat pasal maple ni . sikit2 jerr , tu pun t'baca dalam majalah . ^^

No comments :

Post a Comment